Dunia
moden kini ramai anak gadis lanjut usia, ramai yang beralasan takut
akan perkahwinan kerana banyak berlaku penceraian akhir2 ini...
salah
seorang sahabat baik ku mencemuh tentang perkahwinan, bagi pendapatnya
bagi yang sudah berkerjaya dan mampu menanggung diri sendiri perkahwinan
itu sesuatu yang wajar, bagi ini perkahwinan ini membebankan..
tujuan
penulisan ini yang sumbernya aku ceduk dari islam.net, adalah untuk
membetulkan kesalah fahaman segelintir masyarakat moden kini supaya
tidak tersimpang jauh diarus pemikiran yang terlalu moden...mereka yang
beranggapan berteman tapi mesra dan sekadar untuk hiburan diantara
lelaki dan wanita sememangnya tersimpang daripada agama..wahai kawan2
pembaca sekalian walau setinggi mana ilmu yang kita ada, sebijal mana
pemikiran kita, semuanya sementara dan kembalilah berpaksi pada agama
dan kematian dan hari pembalasan itu pasti...hidup mau seronok dosa pun
mau ingat...
jelaslah
disini..bacanya dan hayati serta sampaikan kepada saudara dan sahabat2
kamu...semoga perkongsian ilmu ini mendapat barakah daripada Allah.
1.
Aku tidak mahu berkahwin! Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang!
Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk
membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!
2.
Buat ape aku perlu berkahwin? Aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman
damai, tak perlu sibuk tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang
nih.
3.
Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..
4.
Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk
bercerai..
Mungkin kita
pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan
dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari
latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut
dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini,
menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu
berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya
hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..
Mengapa
Perlu Berkahwin?
Persoalan di
atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, ‘bercouple’, dan
juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan
yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan
bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta
mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada
isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).
Perkahwinan
sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan
oleh Allah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam
persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah
yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Dalam
masalah ini, at-Tabari berkata: “Sahabat Rasulullah s.a.w bernama ‘Uthman bin
Maz’un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik
dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta’ala
menurunkan firman-Nya:
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang
telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada
apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah al- Ma’iddah:87)
Saad bin Abi
Waqqas r.a berkata:
“Rasulullah
s.a.w. telah melarang sahabatnya ‘Uthman bin Maz’un hidup membujang (tanpa
berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan ‘Uthman bin Maz’un membujang (tanpa
berkahwin), tentulah kita “harus” berkasi.”
(Riwayat
Muslim dalam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan,
nombor 1402).
Di zaman
ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan
di jalan yang dimurkai Allah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak
dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki
dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok.
Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di
dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan
juga dibela.
Ada juga
yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam,
anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap
juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap
bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan
Untuk Melahirkan Keturunan Yang Soleh Dan Berkualiti
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bererti :
“Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.”
“Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.”
(Riwayat Abu
Daud dalam sunannya : Kitab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan
yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab
makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)
Dengan jalan
yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus
institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh
bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang
terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka
lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya,
masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa
Tenang DenganJalan Pernikahan
Perkahwinan
yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman Allah ta’ala
yang bererti :
“Dan di
antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (Ar Rum :21)
Berapa ramai
manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada
teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara
lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan
masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran,
perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan
Meluaskan PersaudaraaanDan Membina Prinsip Kerjasama
Sebelum
perkahwinan – kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang
bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian,
berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.
Sebelum
berkahwin – tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai
individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih
sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak.
Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan
seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya.
Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk
menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin,
isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.
Isteri akan
membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan
anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal,
mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.
Dengan jalan
halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin
meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan
di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih
sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah
saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan
masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan
manusia.
“Dan
kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang
soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana
ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui”. (An Nur : 32)
No comments:
Post a Comment