I LAP YOU MY FREZ

Bila penaku menari...Ku Lakarkan warna-warni kehidupan bsamamu jiwaku.

Bila penaku menari...Ku Lakarkan warna-warni kehidupan bsamamu jiwaku.
zayyan nazhan anak zulkifli cinta hatiku

ummi copy jugak...sebagai peringatan sepanjang masa...risau kalau2 teralpa.

Alahai~fesyen tudung zaman sekarang

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.



Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.



ingat lah wahai kaum hawa. Sesungguh nya antara golongan yang dijanji kan syurga adalah golongan wanita yang menutup aurat ikhlas kerana Allah. Tak rugi apa-apa pun tutup aurat ni. InsyaAllah, sesiapa yang memelihara agama Allah, Dia akan pelihara kita. amin~

3 comments:

Lydia said...

tema kasih iyer kak..mberi peringatan kpd sya juga..

MommyAgharr said...

Hmmm.. nmpaknya sy pun msih blom mematuhi syariat btudung dgn smpurna..trima ksih kerana saling mengingati..

nurakmal mohamad ghani said...

sama2 saling ingat mengingati

TamBAH Saham anDa disini

TamBAH Saham anDa disini
" KEBAJIKAN ANAK YATIM TANG GUNGJAWAB B ERSAMA" pendidikan anak yatim/miskin Mlaysia..tanah waqaf 1/10 meter rm 30.00 bleh diwaqafkan diri sendiri, keluarga dan arwah2.

anda Prihatin

anda Prihatin
email:kbm_2005@yahoo.com.my rumah kasih sayang Bandar tasik Puteri Rawang..pakaian, makanan dan lain2 bentuk pertolongan boleh disumbangkan bg meringakan beban ibu tunggal, anak2 yatim,warga tua dan gol miskin.