( KOLEKSI BAHAN SANTAPAN MINDA
UMMI DIKALA MENEMANI SANG SUAMI MELAYAN EURO ) 11/6/2012..UMMI KONGSIKAN BT
RENUNGAN DAN BIMBINGAN UTK UMMI DAN SEMUA YG SUDI MEMBACA..BIARPUN COPY N PASTE
FROM BLOG LAIN..UMMI TTP SUKA KRN IA SATU PERKONGSIAN ILMU ALAM & AKHIRAT.)
Manusia
yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup.
Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia
waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu
kejayaan.
Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah,
takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan
aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan
kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat
sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan
terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut
mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada
sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri :
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?
Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada
segala persoalan
Allah S.W.T.
Allah S.W.T.
DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik. DIA yang Maha
Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan
manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila
pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan 'senyuman'Nya di langit,
maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan kita di bumi, mengundang
marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan
sebagai KEMURKAAN.
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah
yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya.
Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab : Kemudian
berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula?
Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun 'alaih]
[Muttafaqun 'alaih]
Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling
disukai Allah:
Solat di dalam (awal) waktunya=Hak Allah
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu di Bumi
Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang
dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah
solat diberikan secara face-to-face antara Allah dan baginda Rasulullah.
Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya
jihad di jalan Allah sehinggakan ada ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun
Islam yang keenam. Sehingga begitu sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada
di antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda
senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan
ibubapa. Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang,
sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi
dan abuya. Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya:
"I'd like to put a smile on your face everyday"
"I'd like to put a smile on your face everyday"
Kejayaan yang Merantai Senyuman
Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.
Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah
terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di
akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.
Ustazah Fatimah Syarha
anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya
menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam
mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang
bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri
di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam
rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke
hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada
seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara
yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang
kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham
harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara
anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak
Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit
demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan
sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan
fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia
dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada
perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan
dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya,
yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil.
Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah
SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan
memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
Dari al-Agharr bin Yasar
al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta
ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku
meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari."
(HR. Muslim)
(HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah
manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini
sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.
"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada
Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."
(HR.Bukhari)
(HR.Bukhari)
Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada
perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).
(Surah al-Isra': 32).
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating
tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah
komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara
jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang
boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat?
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka
interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang
disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga
disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah
syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat
mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang
menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa
yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat
dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan
sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya.
Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud
darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu
alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating,
chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah
sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak
berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati
masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan
seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran,
Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan
depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia
adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa
was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi
SAW baginda bersabda: "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan
dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain
mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau
berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau
datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda:
Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan
hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara
yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang
memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan
riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap
insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina.
Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta
sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya
katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang
pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan
berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan
cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui
percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh
anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui
telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang
sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik
oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi
kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."
Menghampiri zina semakin menjadi trend
muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh
membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).
(Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh
sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati
dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang
yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa
selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota
badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga,
bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan
perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya
dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai
menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang
(tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang
sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah
(untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul
(untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga
hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar
nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang
menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa,
berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan
terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak
tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan
menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih
untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau
kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
"Teman-teman kesayangan pada hari itu
menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang
bertaqwa."
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara
kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah
akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan
satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya
negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada
baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)
(Riwayat Ahmad)
Ustazah Fatimah Syarha :)
"Wah..
hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang
susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang
berlipat ganda sekarang ni.."
Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada
sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah.
Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu,
Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita
walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini.
Sabda Rasulullah s.a.w ;
"Apabila mati seorang anak adam itu,
terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh."
[Riwayat Muslim]
[Riwayat Muslim]
Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak
buat golongan yang suka bersedekah.
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh
tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan
(ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi
Maha Mengetahui."
[2:261]
[2:261]
Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya!
Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah..
Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah..
Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang
baik itu..
Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda.
Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda.
"Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi
Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah
begitu sahaja. Kita jadi rugi.."
Kenapa sampai begitu sekali ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?
Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?
Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul
ikhlas !
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.
Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.
Tahu apa buktinya ?
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!
ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!
1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian
yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut
menyakiti hati si penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan
amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari
Akhirat.(Bukan Islam)
Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi
banyak pasir atau tanah ?
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !
Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !
Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk
menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah
akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti
(perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya'
kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka
perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian
batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah).
Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."
[2:264]
[2:264]
Saya yakin diri kita faham apa yang Allah
maksudkan..
Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita
mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ?
Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah !
Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah !
Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita
bersedekah, cepat-cepat buang !
Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan
agar Allah redha dan menerima amalan kita.
Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan.
Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan.
Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!!
Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia
dan rosak begitu sahaja !
Rugi besar kita nanti !!
dan rosak begitu sahaja !
Rugi besar kita nanti !!
Sahabat-sahabatku..
Mari kita jadikan amalan sedekah yang ikhlas sebagai HOBI !!
Semoga ada balasan yang besar buat kita
di negeri akhirat sana nanti !
Ameen..
Mari kita jadikan amalan sedekah yang ikhlas sebagai HOBI !!
Semoga ada balasan yang besar buat kita
di negeri akhirat sana nanti !
Ameen..
"Inginkan SAHAM akhirat yang lumayan ??
teruskan melabur di jalan A
teruskan melabur di jalan A
No comments:
Post a Comment