Kau digelar sebagai penyeri
dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Dehearty : Wanita
Wahai wanita,
Dirimu ialah makhluk ciptaan Allah yang
sangat istimewa dan indah. Berbahagialah wahai insan yang bergelar wanita.
Kerana kecantikan yang kau miliki, dirimu sentiasa menjadi perhatian
lelaki. Kecantikan dan kelembutan yang ada pada dirimu,tetapi tidak
pada lelaki membuatkan dirimu ingin dikenali dan didekati. Pahatkan
dalam hati bahawa kecantikan yang dimiliki bukanlah untuk tatapan semua mata
lelaki, tetapi khusus buat insan yang sah bergelar suami.
Wahai wanita,
Sedarlah bahawa kecantikan hakiki seorang wanita
itu bukanlah dilihat dari segi kecantikan luaran dan fizikalnya, tetapi
kecantikan dalaman dan akhlaklah yang menjadi ukurannya. Kecantikan
dalaman itulah yang paling utama kerana apabila cantik di dalam maka dengan
sendirinya kecantikan luaran itu akan terpancar. Allah menilai manusia bukan
pada cantiknya rupa paras yang dimilki, tetapi nilai ketakwaan seseorang hamba
itulah dicari.
Wahai wanita,
Alangkah bahagianya hidup ini sekiranya dalam semua
perkara yang engkau lakukan syariat Allah sentiasa diutamakan. Pasti dirimu
sentiasa berada dalam redha dan lindunganNya. Sempurnakanlah syariat penutupan
auratmu dengan sebaiknya.Ketahuilah wahai wanita, ianya sesuatu yang salah jika
dirimu beranggapan bahawa dengan hanya memakai tudung ,engkau telah pun
melaksanakan syariat menutup aurat.Ya,kita memang telah menutup aurat, tetapi
sayangnya dengan hanya memakai tudung, tetapi lengan dan kaki dibiarkan
terdedah, kita sebenarnya masih lagi belum menutup aurat dengan sempurna
seperti yang digariskan oleh ajaran islam. Fahamilah saudariku, cara menutup
aurat yang sempurna ialah dengan menutup seluruh anggota badan, kecuali
hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh dizahirkan. Usahlah
membiarkan dirimu yang bertudung,tetapi masih mengenakan baju yang berlengan
pendek. Manakala pakaian yang dipakai haruslah longgar (tidak mengikut bentuk
badan) dan tebal (tidak menampakkan bentuk tubuh).
Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan panduan
kepada kita tentang cara menutup aurat yang sempurna. Kita sebagai hamba
dan makhluk ciptaanNya haruslah mematuhi perintah Allah kerana Allah yang
menciptakan kita, jadi hanya Allah yang lebih mengetahui apakah yang terbaik
buat kita sebagai hamba-hambaNya. Setiap perintah Allah itu bukanlah sesuatu
yang sia-sia untuk diadakan, tetapi disebaliknya sentiasa ada hikmah yang tersembunyi
sama ada kita menyedarinya ataupun tidak. Analoginya, hanya tukang yang
mencipta sesuatu alat itulah yang lebih mengetahui tentang kelemahan dan
kelebihan alat yang dicipta berbanding dengan orang lain.Berkaitan tentang
aurat, Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Dan
katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya
(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau
saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau
putra-putra saudara perempuan mereka,atau para perempuan (sesama islam) mereka,
atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman,agar kamu
beruntung."
[Surah an-Nur:
ayat 31]
“Wahai Nabi!
Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu.
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”.
[surah
Al-Ahzab:ayat 59]
Sabda
Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan
telapak tangannya”
[Hadis Riwayat
Abu Dawud]
Wahai wanita,
Renungkanlah, alangkah ruginya jika engkau telah
menutup seluruh tubuhmu, tetapi hanya kakimu sahaja yang masih lagi belum mampu
ditutup. Oleh sebab dengan hanya kakimu yang terdedah, ketahuilah bahawa engkau
sebenarnya masih belum lagi menutup aurat dengan sempurna. Duhai
saudariku yang dikasihi, usahlah memberi alasan bahawa engkau masih lagi belum
bersedia dan belum memiliki kekuatan untuk berubah ke arah pemakaian
menutup aurat yang sempurna.
Saudariku,
Kekuatan adalah sesuatu yang harus dicari,bukan dinanti. Ingatlah kekuatan tidak datang dengan sendirinya dan kita sendirilah yang harus berusaha mencari kekuatan tersebut. Kekuatan dan dorongan boleh dicari dengan cara bersahabat dengan rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna dan yang paling penting mintalah kekuatan itu daripada Yang Maha Kuat supaya engkau diberi kemudahan dan kekuatan untuk berubah kearah kebaikan. Pasakkan azam dan ikhlaskan niat perubahan yang ingin dilakukan adalah keranaNya, insyaAllah, urusanmu akan dipermudahkanNya. Melakukan perubahan memang perit, tetapi engkau bakal merasai hasilnya yang sangat manis. Jika terlintas di hati bahwa sudah tiba masanya untuk berubah, maka bersegeralah lakukan perubahan, kerana hidayah dan lintasan hati itu tidak selalu datang kepadamu. Niat yang terlintas di hati untuk melakukan sesuatu perkara yang baik itu adalah hidayah daripada Allah, ianya merupakan satu ilham daripada Allah yakni petanda terus daripada Allah tanpa melibatkan perantaraan manusia. Mengapa kita memilih untuk melambat-lambatkan urusan tersebut, sedangkan ia merupakan mesej daripada Allah yang perlu disegerakan.Jika engkau bertangguh-tangguh dikhuatiri tiada lagi lintasan hati daripada Allah maka dirimu akan terus hanyut dalam kesesatan yang terus menerus, nauzubillahiminzalik.
Wahai wanita,
Jika kamu telah mengetahui tentang kewajipan
menutup aurat dengan sempurna, tetapi masih lagi bertangguh-tangguh untuk
mengamalkan ilmu yang dimiliki,ayuh bangkitlah saudariku, lakukanlah perubahan
kerana tahukah kita bilakah ajal kita bakal menjelma? Tidak
takutkah kita sekiranya kita dijemput untuk mengadapNya dalam
keadaan kita masih lagi melaksanakan perintahNya? Padahal, kita telah pun
mengetahui bahawa menutup aurat dengan sempurna adalah satu perkara yang
wajib dilaksanakan. Apakah alasan dan jawapan yang bakal kita jawab dihadapan
Allah kelak sekiranya kewajipan itu dipersoalkan? Di saat ini,fikirkanlah
jawapannya wahai saudariku. Ayuh saudariku, berubahlah ke arah menjadi muslimah
yang menutup aurat dengan sempurna. Gunakanlah ruang dan kesempatan ini
sementara Allah masih lagi mengizinkan kita untuk menghirup udaraNya.
Sesungguhnya penyelasalan ketika kita berhadapan denganNya kelak sudah
tiada gunanya lagi.
wanita.......
Berhati-hatilah dalam berbicara, jagalah suaramu,
usahlah kau lembutkan dan manjakan suaramu apabila berbicara dengan
lelaki. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan keinginan lelaki yang
berpenyakit hati untuk berbuat jahat dan serong terhadapmu. Hal ini Allah telah
tegaskan dalam firmanNya yang bermaksud,
“Wahai
isteri-isteri nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah
perkataan yang baik”. [surah Al-Ahzab: ayat 32]
wahai...wanita
Perasaan cinta adalah anugerah Allah
yang sangat bermakna buat setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini.
Saudariku, mahalkanlah cintamu,tinggikanlah nilai cintamu. Janganlah
semudahnya dirimu memberikan cinta kepada lelaki yang tidak layak untuk
menerima cintamu yang suci itu. Janganlah engkau berikan cintamu itu kepada
lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas dirimu. Sedarilah
saudariku, lelaki yang baik akan menghormatimu sebagai seorang wanita dan akan
membimbingmu menuju kearah kebaikan, bukan ke arah yang menghanyutkan.
Saudariku,
Saudariku,
Harga seorang
wanita bukanlah boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun harta kekayaan,
tetapi nilai mahar seorang wanita itu adalah iman dan akhlaknya...
Wanita itu
terlalu mahal dan hanya lelaki yang benar-benar layak sahaja yang mampu
membelinya..
Lelaki itu
adalah lelaki yang teristimewa, lelaki yang berusaha mendapatkan seorang wanita
untuk dipinang menjadi suri hatinya,
Lelaki yang
berusaha mendapatkan seorang wanita melalui redha dan berkat Tuhan,
Lelaki yang
berusaha mendapatkan seorang wanita kerana bersedia membimbing, menjaga,
melindungi serta memberi kasih sayang.
Wahai saudariku,
Usahlah bimbang akan jodohmu kerana setiap insan
yang lahir ke dunia ini telah ditetapkan rezeki dan jodohnya oleh Allah.
Jika engkau bercinta dengannya 1000 tahun sekalipun, dan Allah telah menetapkan
bahawa dia bukanlah jodohmu, dia tetap tidak akan menjadi milikmu.Tetapi
simpanlah cintamu yang suci itu hanya untuk lelaki yang benar-benar layak
menerima cintamu iaitu suamimu. Saudariku, dirimu berhak mendapat jodoh
yang terbaik. Jika lelaki soleh yang diidamkan, maka terlebih dahulu dirimu
sendirilah yang harus berusaha menjadi solehah. Berbekalkan
usaha dan diiringi doa insyaAllah Allah akn memberikan jodoh yang terbaik
buatmu. Yakinlah dengan janji Allah bahawa perempuan yang baik untuk
lelaki yang baik.
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud
“Perempuan-perempuan
yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk
perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik (pula). Mereka itu besih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka
memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”
[surah
An-Nur:ayat 26].
Wahai saudariku,
Elakkanlah dirimu daripada terlibat dalam
kancah percintaan sebelum perkahwinan. Ingatlah saudariku, dalam setiap perkara
yang kita lakukan, keredhaan Allah itulah yang paling utama. Jika
permulaan sesebuah perhubungan antara adam dan hawa adalah dengan
bermaksiat kepadaNya,mana mungkin pengakhirannya akan mendapat
berkat dan rahmat dari-Nya.Jika sebuah rumah tangga yang tenang dan bahagia
yang diinginkan, maka usahlah memulakan hubungan percintaan dengan
bermaksiat kepadaNya. Sedarlah saudariku bahawa tiada siapapun yang dapat
memberikan rasa ketenangan dan kebahagiaan, melainkan semuanya itu
datang daripada Allah SWT. Jika kita melakukan perkara yang mengundang
kemurkaan Allah, mana mungkin Allah akan memberi keberkatan dalam hidup
kita.Jika kita memilih untuk bercinta sebelum berkahwin dengan alasan
mahu mencari keserasian dalam perhubungan sebelum melangkah ke gerbang
perkahwinan , saudariku ketahuilah bahawa itu bukanlah kunci kebahagiaan yang
hakiki dalam membina sesebuah perkahwinan. Hal ini kerana banyak pasangan
yang dahulunya bercinta bertahun- tahun sebelum berkahwin,tetapi masih
lagi gagal dalam perkahwinan. Mengapa hal ini boleh berlaku?Adakah kerana
mereka ber tidak serasi? Masalah ini sepatutnya tidak berlaku kerana
mereka telah pun kenal akan pasangan masing-masing, jadi ketidakserasian
bukanlah isunya. Antara masalah yang sering timbul dalam kebanyakkan
pasangan ialah timbul perasaan jemu terhadap pasangan masing-masing
biarpun hanya baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Manakan
tidaknya, semua hal tentang pasangan telah pun diselidiki dan
diketahui masa bercinta dahulu. Jadi setelah berkahwin tiada apa-
apa lagi yang manis dan istimewa untuk dipelajari dan dikongsi dengan pasangan
masing- masing. Hal ini kerana,jika kita merasai manisnya bercinta sebelum
berkahwin , Allah akan tarik balik nikmat tersebut selepas berkahwin.
Oleh itu, saudariku buatlah pertimbangan sebijaknya jika anda mahu
melibakan diri dalam percintaan sebelum perkahwinan.
Wahai saudariku,
Selaku saudara seislam, ianya adalah satu
tanggungjawab untuk kita saling nasihat menasihati ke arah kebaikan. Ada
pepatah mengatakan kita mungkin boleh bawa kuda ke tempat minum air,
namun kita tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum air, tetapi kuda itu
harus minum dengan keinginannya sendiri. Diri ini hanya mampu memberikan
nasihat, tetapi saudari sendirilah yang akan membuat penilaian
dan keputusan. Renung- renungkan dan bertindaklah dengan bijak. Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan
memberkati perjalanan hidup kita semua.
terima kasih: to persatuan mahasiswa usm..universiti dihatiku,.
No comments:
Post a Comment