resipi turun temurun oleh papa

Papa yang berpengalaman lebih sepuluh tahun berniaga  goreng pisang bersama ibunya yang juga mertuaku menurunkan ilmu resipi goreng cempedak kasi laris…

 Bancuhan tepungnya mesti tepat:
`2 cawan tepung beras
`sedikit kapur makan, jangan letak banyak2 nanti berbuih semasa mengoreng..
`2 cawan air - tuang air suam  sikit demi sedikit semasa membancuh adunan tepung ini , jgn terlalu cair
`Sedikit saja garam
`Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning.
`Dua biji telur ayam.
`Minyak hendaklah banyak sehingga tenggelam cempedak dan dalam keadaan api perlahan…

Akhirnya yummy yummy….luar biasa resipi bonda turun temurun..thanks papa.